Friday, August 29, 2008

katak comot




eh,
abang rambut mop? apafasal? emmm, mintak berambus boleh tak?

kau bukan Spiderman. faham?

Hello, neh roti canai banjir 1. ah, ye kuah kari..

So hari ni pagi-pagi before aku start perjalan aku ke NPE, aku stop by Petronas, biasalah isi minyak. Satu article paper menarik perhatian aku kat kaunter bayaran. "KERANA KEKASIH... Maut tali putus turun tingkat empat." dalam hati aku ; isk isk.. tak pernah bercinta ke mamat ni? come'on la jgn la jadi bodoh.

Tak silap aku, baru last month ada jugak article yang menceritakan kisah minah ni nak lari dari rumah dengan balak dia. So balak dia tunggu
minah ni kat bawah condo. but yang paling bodoh skali minah ni boleh panjat keluar tingkap guna tali. Apa tujuan orang cipta pintu? tangga? lift? bangang, memang bangang. Kan sia-sia mati katak.

Paper banyak buat article pasal budak mati jatuh dari balcony, And famuos skali anak Eric Clapton si-penyanyi tuhh mati sebab jatuh dari balcony. Tak kan tak tahu? Aku dari kecik tahu, if aku duduk tempat tinggi "tingkap = maut". Kalau tak maut pun hang jatuh cacat jugak.

And the best part of this Article yang pagi ni, dia ada tulis "Demi cinta, apa sahaja sanggup dilakukan." kau punya Opinion? aku punya, Aku setuju, aku sanggup buat apa-apa untuk orang tercinta. Tapi mengapa kena henti kan nadi? biar badan kau kaku, biru dan sejuk? henti kan pemikiran dan pandangan? So kalau nak jumpa awek atau balak hang tu tolong la gunakan pintu n tangga or yang duduk kat tingkat tinggi tu gunakan la lift. People invent those things to make life easier.

Untuk sahabat aku yang selalu buat macam tuhh, hentikan la ketagihan
guna tingkap.(aku tau siapa.)
Life is short dont make it shorter. Use the Damn Door. Kau bukan Spiderman.

Untuk pengetahuan pembaca Ketinggian + tingkap = mati.


Jangan mati sebab kebodohan.Ini bukan aku yang cakap, ini dari: Atas ke aku kepada kau.

woi Aneh! roti mana?

Thursday, August 28, 2008

this is too much, its ridiculous!

Aku kecewa dengan pihak kerajaan yang organize acara untuk hari kemerdekaan. Kenapa? kau lihat lah sendiri(untuk pekerja atau student yang berkuliah di sekitar k.l) apa jadi pada hari pertama raptai perbarisan di Dataran Merdeka. Macam shit. Aku siap berkelah dalam kereta dari 7;30am sampai 10;30am. Jalan sekitar k.l tutup. Bahlul! tutup awal sangat buat apa? orang-orang yang terlibat dalam bahagian perbarisan pun tengah garuk kepala lagi, kereta kebal pun belum isi minyak, yang aku ni nak pergi punch card untuk practical dah tak boleh. Bukak la dulu jalan, bila nak mula baru tutup.

Ridiculous! Dari situ kita tahu orang yang terlibat dalam organize acara ni buat last minute planing, tak pun, diaorang tak pikir panjang. Bodoh, bangang. Apa motif tutup awal sangat? hello. Kau ada pikir tak k.l ni banyak office? kau ada pikir tak semua orang bukan nya naik public transport: ktm, lrt, star, monorail etc. isk isk.(sambil geleng kepala) dah 51tahun kita merdeka, 51 kali kita sambut, tak kan tak ada solution untuk ini semua? if kau nak cakap ITIS dan polis trafik is the solution. Think again.


Intergrated Transport Information System (ITIS) adalah satu sistem untuk mengurangkan traffic di sekitar k.l, Pada mula, ya, aku memang harap kan ITIS tapi apa jadi? sistem shutdown, kena kilat sikit malam tadi k.o~ apa nih? tak tolong langsung. Polis trafik yang di tugaskan dekat traffic light Jalan Traves pun buntu. Ye la, bagi peluang untuk kereta dari Brickfield susur keluar ke kl pun tak boleh apatah lagi kereta-kereta dari NPE. Pakcik polis, kalau aku jadi kau, aku balik saja. buat apa buang masa? berdiri tegak posing bawah lampu tiga warna dengan kuda putih kau tu buat apa? anak dara yang rushing nak pergi office pun tak ada masa nak terpikat dekat kau yang terpacak kat situ lah.

At last aku sampai dekat jalan Kuching
nak susur masuk ke jalan raja laut itu pun dah 9;55am. Belum lagi buat hati aku gembira. Mana tak-nya depan 100m dah sampai Dbkl. Ramai pekerja Dbkl yang bengang. Mesti la. Aku ada practical, Orang yang ada Meeting, ada pangkat di Dbkl, pengarah di Dbkl, sticker Dbkl tampal besar-besar, Lori Dbkl yang besar pun mana boleh masuk. Polis sekat jalan. Padahal lagi 100m meter je. Aku dah naik menyampah dengan motor yang asyik langgar side mirrow aku. Sial.

*tingkap kereta bukak* mata masih kuyu, menguap tak berhenti-henti. Bosan tahap Max. Suddenly
"eh! hei..dalam kereta dah brapa lama?" brader sebelah kereta sempat tanya dan borak buat 15minit. aku kagum dan impress, ada jugak orang yang friendly. aku pasang radio yang ber-frequency Hitz.fm, dengar Rudy n JJ buat Gotcha! pun dah tak ada mood. Buntot aku pun dah tidur.

Aku lambat 2 jam. Jarum jam menunjukkan 10;45. Aku rebut lift dengan kakitangan lain Dbkl yang datang lambat. Memang, Aku admit yang aku ni selfish but what am i suppose to do? aku pun nak punch card jugak.
aku juga admit yang aku jeles dengan brader-brader yang naik motor, celah sini, celah sana, dah sampai office. yang kita naik kereta macam lembu rebut masuk kandang.

Ini baru aku punya pandangan. Apa pulak pandangan kakitangan sekitar k.l yang datang lambat?

Woi! ingat! tahun depan make sure jangan jadi macam ni lagi. I'm serious.

Wednesday, August 27, 2008

blogging everybody?

Aku dah start blogging! mari-mari singgah sini, lain kali datang lagi.